Thursday, January 19, 2012

Manusia Mudah Lupa Diri

Aku...

Aku mengaku aku manusia...

Dan aku selalu lupa diri...

Lupa bahawa diri aku ini, merupakan hanya insan yang hidup sementara dan menunggu mati...

Aku lupa, lupa akan tanggungjawab aku sebab manusia yang perlu berusaha hanya kepada jalan Allah S.W.T...

Aku tahu, tapi selalu aku lupa, akan kewujudan diri aku ini merupakan hanya satu ilusi...

Lupa tapi benar, dunia ini hanya lah untuk sementara dan mereka yang mahu kan dunia semata-mata adalah jahil...

Aku lupa, kerana pada suatu masa nanti, pasti dunia akan MUSNAH tanpa mengira agama, bangsa, usia, dan segalanya...

Aku... Aku...

Aku lupa dan lalai...

Aku hilang cahaya dan petunjuk nya...

Aku mengeluh, tapi nanti aku pasti akan lupa lagi akan semua ini...

Aku lupa akan segala ketaubatan aku...

Aku adalah Manusia yang lupa diri...

Mungkin, NERAKA sudah ada tempat untuk aku...

Tapi, aku tidak akan lupa berDOA untuk memohon doa, keampunan, dan syurga untuk semua SAUDARA Islam...

No comments:

Post a Comment