Aku sangat mahu menjadi seorang kartunis atau pelukis manga / anime yang comel, cantik, bergaya, gempak, dan segalanya...
Aku terasa amat cemburu melihat hasil karya lukisan yang sangat comel dan hebat...
Tak perlu lihat karya-karya antarabangsa, sekadar melihat karya BEN cukup memberi aku suatu perasaan yang sangat cemburu dan juga keinginan yang teramat besar untuk menghasilkan karya seperti itu.
Namun, aku hanya mampu untuk mahu, tapi tidak mampu untuk memperoleh... sebabnya? bakat.... bakat adalah satu yang aku amat kekurangan, dan juga pengalaman serta, pengajaran atau pendidikan yang berasaskan bukan daripada seni membuatkan aku tidak mampu untuk memiliki semua itu.
Aku boleh berusaha, aku tahu, jika aku berkerja dan belajar dengan tekun dan rajin, aku boleh mempunyai karya sehebat itu... Tapi aku tahu itu hanya mimpi aku sahaja...
Kerana aku tahu akan bakat dan 'limit' aku... Aku MAHU jadi kartunis hebat tapi aku TIDAK MAHU mengharap kerana aku tahu akan batas aku...
Boleh weh!
ReplyDeletepractice! practice! practice!
aku yakin kau bolehhh..
jgn mengalah weh!
hahaha tq tq... wlpn aku tau x boleh...
Delete